Monday, February 6, 2012

Muridku, Anakku.


Sementara menunggu intake seterusnya ke Degree, I'm working as a teacher. Mengajar Darjah 2 di salah sebuah sekolah di Shah Alam. Ini sekolah yang ke-3. Sebelum ini pernah mengajar di Sekolah Menengah Subang Utama dan SK Seksyen 20, Shah Alam. Tempat kerja dari rumah hanya 800 meter. 800 meter pun tetap bawa kereta ke sekolah. Alasan sebab pakai high heels nanti nak naik bukit, penat. Semput. Sekolah atas bukit. Padahal, masa zaman kecik-kecik dulu sanggup jalan kaki dari rumah pergi The Summit, lebih 3 kilometer pun tak mengeluh. Sanggup. Bila dah biasa naik kereta, nak jalan kaki dekat pun jangan harap. Macam mana la tak global warming dunia ni? Macam mana la tak makin gemok diri ni?

Rakan sekerja friendly, anak murid kali ni pun tak banyak ragam. Alhamdulillah. Pergi kerja dengan hati yang riang. Mengajar pun 3 kelas, hanya 3 jam. Break 2 jam. So total di sekolah hanya 5 jam. Pagi masih boleh kemas rumah, masak, layan suami atau bangun lewat. Tengahari baru pergi kerja! Okay la tu walaupun kerajaan bayar gaji guru sandaran selalunya lambat. It's okay. Loving my life now, I'm blessed.


xx.

Friday, December 23, 2011

Isteri yang muda.

28 Disember ni, genap 7 bulan aku menjadi seorang isteri. Kami kahwin muda. Masa nikah tu pun, dua-dua belum cecah umur 21 tahun lagi. Both 20 years old. Ada yang ingat suami saya umur 25, ada juga yang ingat 30. Alahai kesiannya si suami, umur baru masuk 20-an, tapi ada yang ingat dia dah jadi bapak budak.


6 Disember 2006, first time jumpa, kami tingkatan 4. Tak ada maknanya love at first sight, tak ada semua tu masa kali pertama jumpa.

12 Januari 2010 – Baru mula bercinta.

1 Januari 2011 – Bertunang.

28 Mei 2011 – Bernikah.


Cepat- sangat cepat. Tak pernah tertulis dalam diari hidup untuk ingin berkahwin seawal, semuda ini. Dulu rancangnya lepas tamat Diploma, nak futher Degree. Kerja 2 tahun, beli kereta dan rumah sendiri. Umur 27/28 okay kahwin. Tak pernah terfikir apatah lagi berangan untuk menjadi seorang isteri pada usia semuda ini. Betul kan; kita merancang, Tuhan yang menentukan.

Dulu putus cinta, I cried an ocean, last-last dengan orang lain jugak aku kahwin. Bye-bye kepada semua koleksi boyfriend yang aku dah kumpul dari tahun 2000 sampai 2009. Mak selalu risau aku ada banyak kawan lelaki. Mak cakap aku gatal, darjah 4 aku dah mula ada boyfriend. Mungkin sebab tu jugaklah aku settle down awal.

Orang selalu tanya soalan, best tak dah kahwin? Apa perasaan bila dah kahwin?
Jawapan yang tepat for me; aku rasa lebih tenang. Kenapa tenang? Banyak sebab-sebabnya.

Antaranya; Sebab Ayah dan Emak tak risau lagi anak bongsu dia asyik balik lewat. Ayah dan Emak tak risau lagi anak bongsu dia keluar dengan lelaki. Aku pun dah tak perlu nak “tipu sunat” lagi. Penatlah. Agaknya kalau dosa tu boleh kira, aku rasa dah tak terkira berapa banyak dosa aku dah kumpul asyik menipu dan buat Mak Ayah marah.

Sekararang tak lagi.
Sebab tu Tenang.
Bila dah Kahwin, memang tenang.


xx.

Tuesday, December 13, 2011

Anak bongsu.

9 Disember 2011. Bangun dari tidur... Bangun lewat, tengahari. Aktiviti harian berlangsung seperti biasa.

-Buka pintu bilik, 3 ekor kucing sudah menanti.
-Letak kucing-kucing di balkoni dan tutup sliding door.
-Basuh taik & air kencing kucing di tandas. (Kucing dah toilet train).
-Vacuum & mop lantai, suami tolong cuci pinggan.
-Masak tengahari.

Siap je masak, lantai yang mop tadi pun dah kering, aku minta suami tolong buka pintu sliding door dan biar kucing-kucing masuk ke dalam untuk makan. Lain yang jadinya, dari 3ekor kucing yang ada tadi dekat balkoni, tapi tinggal 2 ekor saja. Boboy, my little cat rupanya dah terjatuh ke bawah, tergelincir agaknya. Bila tengok dari balkoni, Boboy masih bergerak kat bawah. Mulalah menangis macam orang tak sedar diri. Dengan keadaan yang tak mandi lagi, cepat-cepat terus tukar baju, grab a towel, ambil kunci kereta, turun bawah. Sampai je kat bawah, tengok mulut & hidung kucing kesayangan dah berdarah berbiuh. Kuat betul pressure jatuh dari tingkat 13, sampai rantai loceng pun tercabut ke tepi. Kucing dah tak bergerak lagi.. memang tak ada harapan.

Anuar angkat dan balutkan Boboy dengan tuala. Aku hanya meraung teresak-esak. Ada pakcik yang lalu kat tepi pun hanya mampu tengok. Start enjin kereta, terus pecut balik rumah Emak. Dalam kereta aku menangis macam orang gila, aku peluk Boboy. Laju suami aku bawa kereta. Kami gali, mencangkul tanah depan rumah Emak, dan tanam bersama. Sedih. Sebelum tidur, bangun tidur aku menangis. Makan tak lalu. 3 hari aku menangis, but I'm okay now. I miss you my little boy. I always called him "Anak Emak, anak bongsu Emak", but now he's gone. Haih.

Anuar selalu kata; kita belum ada anak lagi, 3 ekor kucing ni akan train kita untuk jaga anak. Bagi nama, beri makan, basuh taik, mandikan.. Sakit pun bawa pergi klinik. Diorang sepahkan rumah, teman aku masak, sidai kain. Bila aku tengah main angry birds atau tengok Gossip girls pun dia mencelah kat tepi. Bila sembahyang, dia baring kat sejadah. Bila kita menangis, diorang datang dekat, macam faham rasanya. Kadang-kadang tu berak merata.. kena la marah. Sekali-sekala bawa jalan-jalan naik kereta. Macam anak juga.

Dari bertiga, kini tinggal berdua.

Kenit & Sammy.


I miss you Boboy and I love you.


xx.

Thursday, December 8, 2011

VET REQUIRED!

VET REQUIRED! Position : Veterinary Doctor (Shah Alam)
Interested? Please PM me. Thank you!


xx.

Friday, November 4, 2011

Kim K.

Look at the red dot on her nose for 30 secs, then look at your wall and keep blinking your eyes.


*Saya nampak Kim K, damn! Gambar dicuri di mobile uploads Izdiyani Musawir. Thank you.


xx.

Thursday, October 20, 2011

Synovial Sarcoma.


REST IN PEACE SHAHRILEN SHAHRUL ANUAR.

29.9.1989 - 19.10.2011.

She died of cancer, Synovial Sarcoma. Al-Fatihah. Semoga Allah menempatkan Lyn dikalangan orang yang beriman, Amin.

A synovial sarcoma is a rare form of cancer which usually occurs near to the joints of the arm or leg. It is one of the soft tissue sarcomas. Synovial sarcoma was originally coined early in the 20th century as some thought that the microscopic similarity of some tumors to synovium and its propensity to arise adjacent to joints indicated a synovial origin; however, the actual cells from which the tumour develops are unknown and not necessarily synovial. Primary synovial sarcomas are most common in the soft tissue near the large joints of the arm and leg but have been documented in most human tissues and organs, including the brain, prostate and heart. Synovial sarcoma occurs most commonly in the young, representing about 8% of all soft tissue sarcomas but about 15-20% of cases in adolescents and young adults. The peak of incidence is before the 30th birthday and males are affected more often than females (ratio around 1.2:1). - WIKIPEDIA.


xx.

Monday, October 17, 2011

RC CAR & BOAT


Restoran dan Pusat Rekreasi Antan Batura.

Located near Kompleks PKNS, next to Wet World and in front of Sirim building, Shah Alam.


XX.


Wednesday, September 21, 2011

Reception.




Lokasi : Home sweet home, Subang Jaya.
Tarikh : 28 Mei 2011.


xx.

Akad Nikah.




Lokasi : Masjid Al-Falakh USJ9, Subang Jaya.
Tarikh : 28 Mei 2011.

Alhamdulillah selesai sudah.

xx.

Friday, July 1, 2011

Wishes.

It's been One Month and I'm so blessed with love. Thank you everyone for your wishes and prayers.

xx.